Tuesday, 28 February 2017

Senarai Kandungan

No comments:
Tajuk
Bilangan
Pengenalan Diri

1
Pendahuluan & Objektif kajian

2
Pengenalan Kepada Bahasa Rojak
3
Definisi asal - usul penggunaan bahasa rojak
4
Konsep penggunaan bahasa rojak
5
Situasi Penggunaan bahasa rojak
6
Isu-isu penggunaan bahasa rojak
7
Punca-punca penggunaan bahasa rojak

8
Kebaikan Penggunaan bahasa rojak
9
Keburukan Penggunaan bahasa rojak
10
Langkah - langkah mengatasi isu bahasa rojak
11
Kesimpulan
12

Pengenalan Diri

No comments:

                                     



 Kod Nama Kursus : DUA6022 : Komunikasi & Penyiaran Islam

Tajuk Projek: Peranan Sebagai Pelajar untuk mengembalikan bahasa Malaysia daripada bahasa rojak

Nama & Jabatan Pensyarah : Puan Rohani Binti Razak (Teknologi Maklumat)

Nama : Muhammad Amirul Hafiz Bin Azhar (12DIP14F2012)
             Muhammad Azwan Bin Zakaria (12DIP14F2008)

Kelas : DIP5A

Program : Teknologi Maklumat (Pengatucaraan)

Sesi : 2016












Tuesday, 14 February 2017

Pendahuluan & Objektif Kajian

No comments:





Pendahuluan

Projek blogger ini telah dijayakan oleh Muhammad Amirul hafiz bin Azhar, 12DIP14F2012 dan Muhammad Azwan Bin Zakaria, 12DIP14F2008  daripada Politeknik Kuala Terengganu .Tajuk Projek yang diberi kepada kami ialah kesan bahasa rojak dalam kalangan pelajar.  Dengan ini kami sangat berterima kasih kepada Puan Rohani Binti Razak kerana telah banyak membantu kami dalam membangunkan projek ini.

Objektif kajian

- Mengkaji punca bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa

- Mengkaji pengaruh dan kesan penggunaan bahasa rojak didalam laman- laman web sosial dalam kalangan mahasiswa

- Mengenalpasti langkah - langkah mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahasiswa.
















Wednesday, 8 February 2017

PENGENALAN KEPADA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Kini Bahasa Rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda. Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Dari segi sejarahnya, bahasa rojak dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah berjaya menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Dari peristiwa inilah maka proses awal bahasa rojak dikatakan berlaku di negara kita.

Pada pendapat saya, punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebata mereka menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam masyarakat.

Sejajar dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, bahasa rojak telah digunakan secara meluas dalam komunikasi melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet. Fenomena ini dikatakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa Malaysia, terutamanya dalam aspek penulisan. Kita sering mendapati pelajar-pelajar selalu terbawa-bawa amalan penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian dalam penulisan karangan mereka di sekolah. Bagi golongan pelajar yang masih di bangku sekolah ini, penggunaan bahasa rojak sangat meluas penggunaannya dalam hubungan mereka seharian termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut menular ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sanak-saudara. Semasa berhubung menggunakan SMS dan bersembang menggunakan laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak yang lebih senang difahami dan ditulis serta menjimatkan masa. Tabiat ini dilakukan selama berjam-jam sehingga menjadi sebati dengan diri mereka. Natijahnya, pelajar cenderung menggunakan bahasa lisan yang diringkaskan, malah ada yang mewujudkan istilah perkataan sendiri bagi tujuan kemudahan, penjimatan, dan juga gaya komunikasi.

Akhir sekali, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan bahasa rojak juga turut melibatkan golongan pemimpin dan tetamu-tetamu jemputan yang berprofil tinggi untuk mengulas tentang sesuatu isu. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat mudah meniru dan akhirnya tidak segan silu menggunakan bahasa rojak apabila berkomunikasi. Tindakan penerbit dan pengarah filem yang cenderung menggambarkan golongan berada atau golongan atasan berkomunikasi menggunakan bahasa rojak untuk menggambarkan status mereka dalam masyarakat meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Oleh sebab itu, fenomena penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Tuesday, 7 February 2017

DEFINISI ASAL USUL PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
DEFINISI ASAL USUL PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu pertuturan . Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.



KONSEP PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
Bahasa rojak adalah dua jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa. Walaupun bagaimanapun, bahasa dasarnya ialah bahasa Melayu. Misalnya, percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahas India.

 Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut trend pada sesuatu masa.Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. . Bentuk bahasa ini juga digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure.

Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, struktur ayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yang berbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dan sosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalau dikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa.

SITUASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:






Situasi bahasa yang dialami oleh saya hari ini adalah dari segi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar. Kejadian ini berlaku ketika saya dan kawan-kawan menjamu selera di sebuah kedai petang tadi. Saya telah terdengar perbualan seorang pelajar semasa menelefon seseorang mungkin kawannya iaitu “I tengah makan ini, you all tunggu kejap la kat site biasa dalam ten minute I datang”. Setelah selesai berbual di telefon pelajar itu bergegas meninggalkan kedai tersebut untuk berjumpa dengan kawannya. Terdetik dalam fikiran saya tentang bahasa yang telah digunakan oleh pelajar tadi semasa bercakap dengan kawannya melalui telefon. Pelajar tadi telah menggunakan bahasa rojak kerana bahasanya yang bercampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun pelajar tersebut adalah pelajar melayu.


Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan betul semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan ini, apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka sudah tahu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru merekaTabiat berbahasa dengan betul dan gramatis ini akan sebati dalam diri mereka sehingga dewasa. Pepatah Melayu ada mengatakan, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, yang amat sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh sebab itu, jika ibu bapa mereka merupakan pencinta bahasa Melayu yang sejati, tidak mustahil anak-anak mereka juga memiliki sifat yang sama

 Mencampuradukkan bahasa adalah dilarang sama sekali kerana salah dari segi hukum dan penggunaan bahasa. Tetapi,umumnya masyarakat Melayu pada masa kini lebih selesa dengan hal ini. Apa yang saya perhatikan , kewujudan bahasa rojak acap kali hadir dalam situasi tidak rasmi seperti di dalam internet, facebook, twitter, dan sms. Tapi, ia turut hadir di dalam program televisyen, radio, atau novel serta di dalam akhbar, komik majalah dan sebagainya. Contoh paling hampir saya dapat kesan penggunaa bahasa rojak ini melalui program di TV3, iaitu Karnival Sure (pasti) Heboh. Jelas di sini, syarikat telekomunikasi swasta tersebut menggunakan nama program mereka menggunakan bahasa rojak untuk menarik perhatian orang ramai.



ISU ISU PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Antara isu-isu penggunaan bahasa rojak : • TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai. • Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama barat seperti Precinct,Boulevard dan Parcel. • Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak. • Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah “dorang”, "kitorang", “glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.
Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman.
Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.
Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.
Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran

PUNCA-PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
 Penggunaan bahasa rojak pada papan tanda dan iklan. Kita dapat melihat deretan papan tanda mahupun papan- papan iklan di seluruh pelusuk negara yang secara jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, di plaza tol lebuhraya terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa rojak yang berbunyi,“Lorong Touch n Go”. Penggunaan bahasa rojak dalam internet dan pertuturan seharian. Dewasa ini, sekiranya kita singkap laman di internet terutamanya laman ‛e-mail’ dan ‛chat’ kita mungkin terperanjat jika melihat betapa ramainya pengunjung di laman itu yang menggunakan bahasa rojak. Perkataan–perkataan seperti sorry sangat (minta maaf sangat) , sangat tired (sangat letih) sering kali digunapakai oleh pengunjung di laman internet dan dalam pertuturan seharian mereka. Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.

Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.

Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Disamping itu,Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.

Akhir sekali,Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. 

KEBAIKAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:


Pertama ,Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul.Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.

Kedua,Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.

Ketiga,Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.

Keempat,Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.

Akhir sekali,Bahasa rojak mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya adalah: • Bahasa rojak lebih mudah dalam konteks memberi kefahaman kepada orang lain. Bahasa rojak mempunyai sifat memudahkan dan gemar dituturi oleh masyarakat Malaysia menyebabkan ia dianggap sebagai bahasa sebenar masyarakat Malaysia. (sumber:John Lee Ming Keong, "Proud to be a Malaysian",2010) Bahasa rojak merupakan cara yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej. Bahasa rojak juga merupakan sesuatu yang boleh dianggap seni dan menyerlahkan lagi "kebolehan" rakyat Malaysia. (Kreatif) Bahasa rojak juga boleh menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat di sesuatu negara contohnya di Jerman. (sumber: Jia Jin Foomelalui artikel"Bahasa rojak is part of Malaysian identity",2010)

KEBURUKAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

No comments:
Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.
 Ø Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
Ø Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
 Ø Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
 Ø Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Ø Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.
negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
ØMenurunkan kedudukan bahasa Melayu.
ØMenjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
ØMutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
ØPembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
ØPenghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU BAHASA ROJAK

11 comments:








Pihak yang paling berwajib dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif dengan duduk semeja dan berbincang mengenai isu ini. Bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz Deraman memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta-akta yang lain. Hal ini bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya memberikan penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini.

Langkah-langkah mengatasi isu bahasa rojak Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak masih kecil. Penggunaan bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat mengelak penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa dirojak dapat diterapkan terhadap anak-anak melalui paranan ibu bapa.

Selain itu,Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak.

Disamping itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.

Akhir sekali,Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi





KESIMPULAN

1 comment:
Kesimpulan,usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".

Saya bersetuju  bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidak dikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuan pendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua, bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasa Creol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harus dipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikap keterbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampai
membenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranya
sendiri.

Akhir sekali,daripada kajian yang telah dilakukan kita dapat perhatikan bahawa penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu faktor martabat bahasa melayu jatuh.Bagi memartabatkan bahasa melayu semua pihak haruslah merpelbagaikan bahasa melayu dari setiap urusan.Hapuskan sikap memandang rendah terhadap penggunaan bahasa melayu dan menggunakan bahasa melayu sebagai medium utama di setiap pembelajaran di sekolah ataupun kolej/universiti.

Keratan Akhbar








 
back to top